ADS

NEGARA-NEGARA TANPA TENTARA

Unknown | 7/24/2013 | 0 komentar

Macam yang kita tahu, tenteraLaskar merupakan aset penting dalam pertahanan sesebuah negara yang berdaulat. Kalau tak ada tentera, habis la negara jika diceroboh atau diserang negara lain. Cuba kita bayangkan, negara yang ada askar pun boleh kena serang, ini kan pula yang tiada tentera langsung.

Kita patut bersyukur, walaupun kuasa ketenteraan negara kita tak sehebat U.S, Singapura atau pun Jepun, kita tetap ada perajurit yang sedia menawarkan diri untuk mempertahankan negara, betul tak? namun begitu, ada juga negara-negara yang tidak ada seorang pun tentera. Mesti ada keistimewaan yang tersendiri sampai tak perlu ada kuasa tentera dalam negara tersebut. Kalau anda nak tahu negara apa, boleh layan kat bawah ni.

Palau

Negara kecil ni mempunyai 328 buah pulau yang terletak di Lautan Pasifik. Populasi penduduk yang menetap kat negara ni dianggarkan berjumlah 20,900 orang. Negara Palau ni mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Nauru Republic

Merupakan sebuah pulau terumbu karang yang mempunyai populasi penduduk yang dianggarkan sebanyak 14, 000 orang. Mendapat kemerdekaan pada tahun 1968.

Vatican

Merupakan sebuah negara yang terletak di dalam negara (dalam negara ada negara). Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Grenada

Grenada terletak di selatan-pantai timur Laut Caribbean. Mendapat perlindungan pertahanan daripada U.S.A.

Andorra

Merupakan sebuah negara kecil yang terletak di antara Spain dan Perancis. Mendapat perlindungan pertahanan daripada Spain, Perancis dan Nato.

Category:

0 komentar